Wednesday, March 30, 2011

urghh!! Love Hurt!


Motif post ni sbb smpai skg rasa cm sakit a.. ntah a..sakit hati.. marah.. sume ada kot.. u all pnah bcinta mcm nk mati x? lama lama smpai 6 - 7 tahun?? pastu long distance jauh2 mmg x boleh jumpa..?xtau mana silap..hurmmm..

papepun thx la kt si dia sbb spread out her love toward me. thx kt dia sbb bg aku rasa cmne best.. hahaha.. cm x pcaya aku boleh tulis bnda2 cmni dlm blog.. ahaha.. cool gak blog ni..

pape pun kepada si dia, thx okay.. even jauh, aku tetap jaga kau smpai mati!!

Tuesday, March 29, 2011

Suffian dah tunang oi!!

Motif update blog kali ni just nk inform, 1 of my besties dh tunang pada 27hb lepas. actually, tunang nya pun kawan baik kitaorg.

diaorg mmg dh bkawan sejak dari kita blaja lg. wow! best kn kawan lama2 dpt jdik teman sehidup semati..insyalla
Thanks to both of them sbb bagi aku ambik pic dowang. actually this is my first shot for engagement ceremony. so sambil blaja smbil earn something..

To Suffian Ma'mon dan Shahira Shahamudin. Congratulation! and Yan, u r my man!

More photo at my FB!

Sunday, March 27, 2011

Play with Flash effect










Since ada d Pandan Indah dan kawan kawan yg giler, dgn mengguna kan
  • Nikon D90
  • SB-700 Speedlight
Thanks to all my talent, Suffian,Alif,Fazrul and Bear.

Friday, March 25, 2011

Kluang Rail Coffee part 3


secara kebetulan, kitaorg mmg nk buat photo gedik kt railway so singgah a kt kluang rail coffee, ala bukn jauhpun dr situ. sama je jarak dr tempat aku duduk skg dpan pc ni smpai ke toilet. so mmg xd a jauh mana.

kedai mmg tutup a. sbb dh pukul satu pagi, so mmg xd sape2 nk bukak kopitiam awal2 pagi ni kn. ada lah satu note kt situ "kopi yg sudah dibeli x boleh dpulangkan kembali". kt sini mmg ada jual kopi serbuk ngn uncang. er.. so apa pendapat korang? kalau korang dh tbeli kopi kt situ korang nk terus minum ke kt rumah? atau simpan lama2, mana tau serbuk kopi tu boleh jadik teh kn? haha

so apa sebenarnya hak kita sebagai pengguna beb? ermm.. smlm lpas ambik gmbar, kitaorg lepak a kt kdai bhampiran.. lpas minum, nk bayar, sempat lg borak ngn akak tuan punya kdai.. akak ni mintak nama dia drahsiakn malangnya..*aku x mintak nama pun*.

akak ni cte mmg ksian,langsung xd org dh g sana..*aku x boleh bayangkn mcmana sbb slalu nk minum situ,mmg kena berebut tempat* akak ni pun x sangka mcmni boleh jadik.akak tu siap ckp, patot a roti bakar dia sdap sgt..juicy la.rupanya letak alkohol dlm kaya. smpai sekarang aku still berfikir, apa kewajaran letak gelatin babi d kopi dan alkohol d madu kaya? hurmmm..

mana pergi sensitivity dan respect diaorg pada kita sbb dia mmg tau, 70% dr customer dia adalah muslim..

smpai sekarang aku tertanya tanya...apa pula status kopitiam lain?

Thursday, March 24, 2011

Pemilik Kluang Rail Coffee menjawab




Lanjutan dari entry terdahulu, it is only right that the report on the issue is impartial, maka I took the liberty to call the owner of Kluang Railway Coffee himself malam tadi.

Sejak 1938, mereka sudah berniaga di stesen keretapi daerah Kluang dan rata rata majoriti pelanggannya adalah umat Islam.

Penyebaran maklumat mengenai wujudnya kandungan babi dalam kopi mereka turut memberi impak kepada bisnes kopitiam itu apabila berlaku penurunan jumlah pelanggan beragama Islam malah pemiliknya yang aku hubungi jelas menggambarkan kekecewaannya.

"We have been in business for 73 years, and it is stupid for us if we were to add such prohibited element to our coffee.

"It will be a huge disrespect to our Muslim customers who have been our patrons eversince," katanya.

Dia turut menerima sms mengenai desas desus itu malah turut bergegas ke Jabatan Agama Islam Johor bagi mendapatkan kepastian dan laporan analisa sebagaimana yang didakwa.

Menurutnya, 95 peratus pekerjanya beragama Islam dan begitu juga dengan tukang masak mereka.

Ketika berada di Jabatan Agama Islam Johor bagi mendapatkan kepastian dua hari lalu, pemilik kopitiam itu bagaimanapun gagal memperolehi keputusan analisa yang dikatakan sudah dihantar Jabatan Kimia kepada jabatan itu.

Dan hari ini (Jumaat) pemilik kopitiam itu dijangka bertemu dengan seorang pegawai Jabatan Agama Islam Johor dan apa jua hasil perbincangan itu, dijangka dapat membuka jalan kepada penyelesaian isu ini.

"It is unfair for us. Kami sudah dihukum (melalui penyebaran di laman sosial) biarpun kami tidak mengetahui sebarang maklumat keputusan analisa itu untuk kami melakukan satu tindakan segera. Kami tidak boleh bertindak berpandukan apa yang diperkatakan di laman sosial semata mata tetapi ia sudah menghukum kami.

"Kami sentiasa prihatin terhadap apa jua kandungan yang digunakan dalam penyediaan makanan serta minuman untuk pelanggan memandangkan majoriti yang mengunjungi kafe kami beragama Islam.

"Kami bukan ahli kimia dan ia berkemungkinan dari bekalan yang kami terima dari pihak ketiga namun apapun, kami perlu melihat keputusan analisa itu untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Pemilik itu yang fasih mengenai tuntutan Islam melalui perbualan telefon itu tidak menolak kemungkinan untuk melakukan samak dengan segera jika benar terdapat kandungan haiwan yang diharamkan Islam. Beberapa pakar perundingan proses halal sudahpun dihubungi malam tadi bagi bersiap sedia jika keputusan yang diperolehi tidak menyebelahi mereka.

Dia yang masih terkejut dengan perkembangan itu turut berkata, jika benar terdapat kandungan seumpama itu, dia merasa amat kesal kerana dia turut menjadi mangsa kepada pihak ketiga yang membekalnya bahan yang mengandungi gelatin haiwan itu.

Dia juga tidak menolak kemungkinan untuk memberikan penjelasan rasmi melalui media sebaik bertemu dengan pegawai Jaij dan pakar perunding Halal nanti.

Aku sempat berbual dengan Ustaz Azhar Abdullah mengenai isu ini dan dia memberikan satu persoalan yang boleh diperbincangkan antara najis (impure) dan taahir (pure). It is the question of the fiqh principle of Istihala. (wallahualam).

What is gelatin? As Oxford dictionary of science defines: "A colorless or pale yellow, water-soluble protein obtained by boiling collagen with water and evaporating the solution. It melts when water is added and dissolves in hot water to form a solution that sets to a gel on cooling."

Apapun, kita perlu menunggu apakah hasil perbincangan antara pemilik premis itu dan pegawai Jaij hari ini (jumaat).

Dan kita, perlu menunggu jawapan dari kedua pihak. Jabatan Agama Islam Johor dan pemilik kafe terkenal itu.

Credit to Hazrey Blog